KBAT - Persamaan Linear Serentak
Soalan : Khadeeja memasukkan sejumlah RM3000 ke dalam dua bank yang berbeza iaitu RMx ke dalam Bank Jaya dan RMy ke dalam Bank Tulus. Bank Jaya membayar dividen sebanyak 5% setahun dan Bank Tulus membayar dividen sebanyak 8% setahun. Selepas satu tahun, jumlah dividen yang diperoleh Khadeeja daripada kedua-dua bank ini ialah RM210. Hitung nilai x dan y. Jawapan : x + y = 3000 0.05 x + 0.08 y = 210 **Anda boleh selesaikan menggunakan kaedah Penghapusan / Penggantian X = 1000 Y = 2000